Bapa Norman Hakim Meninggal Dunia

 


SHAH ALAM - Bapa selebriti popular, Norman Hakim, Allahyarham Zaidon Abdul Rahim meninggal dunia malam tadi di kediamannya di Kuantan, Pahang.


Norman mengesahkan berita itu dalam satu hantaran di akaun Instagramnya bahawa bapanya meninggal dunia pada jam 8.30 malam, 6 Oktober lalu, bersamaan 20 Rabiulawal 1445H.


Punca kematian tidak disebut, namun Norman meminta orang ramai mendoakan agar roh bapanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.


"Semoga Allah mengampuni dosa-dosa ayahku, memberi rahmat kepadanya, menghormati kematiannya, meluaskan kuburnya, dan menempatkan beliau dalam kalangan mereka yang beriman dan melakukan perbuatan baik," tulisnya. - SINARPLUS

Catat Ulasan

0 Ulasan