Jawapan Abang Tesla Sekali Lagi Mengguris Hati Isteri

 


Sudah dua minggu kita disajikan dengan berita perkahwinan abang Tesla dengan isteri keduanya. Menurutnya, perkahwinan keduanya adalah untuk mendapatkan zuriat. Hal ini kerana, beliau masih gagal mendapatkan zuriat dengan isteri pertama walaupun setelah 5 tahun berkahwin. 


Dalam satu video wawancara di sosial media, ketika ditanya sekiranya perkahwinan kedua gagal mendapatkan zuriat, apakah tindakan abang Tesla? Beliau menjawab akan berkahwin lagi buat kali ketiga dengan misi mendapatkan zuriat. 


Hal ini menarik perhatian netizen dan sememangnya membangkitkan kemarahan warga maya. Mereka menganggap abang Tesla tidak menghormati perasaan isteri yang masih terguris dengan perkahwinan keduanya ditambah lagi dengan gurauan melampaunya. 


Menurut netizen, sekiranya abang Tesla tidak mendapatkan zuriat untuk perkahwinan kedua, beliau sepatutnya memeriksa kesuburannya. Mungkin boleh disebabkan sperma yang tidak subur ataupun mandul. 



Ramai lelaki tidak mengetahui bahawa mereka juga berkait dengan masalah ketidaksuburan dan mandul. Menurut Dr Say, hampir 64 peratus lelaki di Malaysia tidak subur dan hal ini boleh mengakibatkan kemandulan. 


Langkah produktif kerajaan telah mewujudkan Klinik Kesejahteraan Lelaki yang mula beroperasi Oktober tahun lepas di Klinik Subfertiliti LPPKN di ibu negara dan akan diperluas ke enam lagi Klinik LPPKN di seluruh Semenanjung dan Sarawak tahun ini.


Klinik ini menawarkan perkhidmatan ujian saringan kesihatan lelaki, khidmat nasihat masalah seksual dan amalan hidup sihat serta rawatan ubatan untuk meningkatkan kesuburan.


Dalam usaha bantu pasangan berkahwin tangani masalah kesuburan, LPPKN ada menawarkan rawatan kesuburan sejak 1979 … di Zon Utara iaitu Klinik Subfertiliti Pulau Pinang, Zon Tengah di Klinik Subfertiliti di Kuala Lumpur dan untuk Zon Selatan (Klinik Subfertiliti) di Johor. 


Jadi kepada lelaki di luar sana yang ingin berpoligami disebabkan masalah zuriat.   Cuba dapatkan rawatan terlebih dahulu di pusat kesihatan kerajaan dan swasta untuk memeriksa kadar kesuburan anda.

Catat Ulasan

0 Ulasan