Bapa Baddrol Bakhtiar Meninggal Dunia


ALOR SETAR - Bapa kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar meninggal dunia di kediamannya di Cinta Sayang Resort Villa, Sungai Petani pada jam 6.04 pagi pada Rabu.

Pemergian Allahyarham Bakhtiar Md Isa, 66, diumumkan menerusi akaun media sosial rasmi bekas pemain bola sepak kebangsaan itu yang baharu dilantik sebagai wakil rakyat pada 12 Ogos lalu.

Difahamkan Baddrol menemani bapanya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani beberapa hari lalu.

Sementara itu, bapa mertua Baddrol, Mustafa Khalid Hanafi, 66, ketika dihubungi berkata, arwah baru sahaja selesai menjalani pembedahan tifoid di HSAH.

Upacara terakhir akan diadakan di Masjid Taman Ria, Sungai Petani selepas Zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Busyro, Merbok.


Catat Ulasan

0 Ulasan