Krisis Makanan: Bill Gates Jadi Pemilik Ladang Pertanian Terbesar Di AS, Keluasan Tanah Sebesar Negara ini


Kalau kita dengar sekarang banyak jutawan dan orang kaya di dunia sedang asyik dan berebut dengan pelaburan Bitcoin, tetapi tidak bagi orang kaya top 10 list dunia ini iaitu Bill Gates. Orang kaya keempat di dunia itu sibuk dengan pelaburan di ladang pertanian miliknya. Data menunjukkan Gates jadi pemilik ladang pertanian terbesar di benua Amerika Serikat.

 
Dipetik dari Financial Times, Minggu (18/4/2021) berdasarkan data jurnal The Land Report, jumlah pemilikan aset Bill Gates dalam bentuk ladang pertanian kira-kira 242.000 ekar atau sekitar 979 km persegi. Ukurannya lebih luas dari bandar Jakarta malahan lebih besar dari negara Singapura.
 
Salah satu ladang miliknya berada di wilayah The Horse Heaven Hills, ladang pertanian di sebelah selatan negara bahagian Washington dan dekat dengan sempadan Oregon.



Tanah yang subur dengan luas 58 km persegi yang dibelinya hampir tiga tahun kebelakangan ini merupakan lombong bagi kebun anggur dan juga kentang.

 
Kawasan ini juga merupakan kawasan untuk membangunkan turbin angin untuk menjana sistem elektrik.

 
Walaupun luas ladang yang dimiliki Gates sangat mengkagumkan, cuma nilai hartanahnya masih sangat jauh jika dibandingkan dengan pertanian yang dikelola oleh kerajaan.

 
Di AS, 97.8 persen ladang pertanian dikelola oleh Department Pertanian AS, hanya 2.2 persen yang dimiliki swasta.


Walaupun hanya menguasai sebahagian kecil oleh Gates, namun nilai pelaburan di sektor ini rupanya terus mengalami peningkatan secara mendadak sejak krisis kewangan 2008 lalu.

 
Khusus di AS, dana ladang pertanian mengumpulkan sebanyak USD 5.7 billion atau sekitar RM23 billion pada tahun 2019, sebelum mengalami kesusutan pada tahun-tahun pandemik.

 
Beberapa pakar berpendapat bahawa pelaburan di ladang pertanian cukup menjaminkan, sebabnya permintaan sumber bahan makanan akan terus meningkat selama bertahun-tahun ke hadapan seiring dengan peningkatan jumlah populasi di dunia. 

 
Konsep ini mirip dengan salah satu nilai yang dipromosikan Gates dalam lembaga amalnya, Bill and Melinda Gates tentang inovasi pertanian. Melalui yayasannya, Gates berharap mampu membantu meningkatkan sektor makanan di negara-negara miskin di dunia. 


Ladang Pertanian Lebih Rendah Karbon



 
Inisiatif pembelian ladang dalam ukuran yang luas ini juga kata pakar tidak akan terlepas dari permasalahan fenomena. Namuni Bill Gates juga cukup terkenal dengan komitmennya terhadap perubahan iklim memberikan alasan:

 
"Ada pelarian manusia pasca (krisis 2008), tetapi jumlah populasi yang lebih besar mungkin merupakan faktor perubahan iklim," sebutnya.

 
Beberapa pakar memberitahu ladang pertanian yang telah dibeli oleh pelabur berskala besar menghasilkan emisi gas rumah hijau yang lebih rendah daripada ladang yang digunakan untuk peternakan. Ditambah dengan adanya inovasi teknik pertanian penjanaan semula juga dapat membantu mengurangkan emisi gas itu dengan lebih banyak lagi.

 
Di beberapa negara, penilaian terhadap banyaknya emisi karbon yang dihasilkan juga jadi ukuran dalam pemberian subsidi pada sektor pertanian oleh kerajaan.



“Saya fikir ini akan menjadi trend global - mencari aset ladang atau tanah yang tandus dan mengubahnya menjadi status lingkungan yang lebih baik, baik melalui pertanian organik, pembuatan semula ladang, atau pertanian-perhutanan." sebut Norton.

Catat Ulasan

0 Ulasan