Misteri Empangan Mengkuang Pulau Pinang

 


"Hidup aku dulu x pernah bosan. Mgkn disbbkan aku yg peramah n otak masuk air.


Suatu hari, kwn2 aku ajak g mancing. Dorg kata port baikkk punya. Klu aku pergi, pastinya x maw balik. Aku pun iya kan aje lah. Masa ni aku blm kawen dgn ex aku. Umo dlm 20an mcm tu. Tgh giler ride motor kapcai aku sblm maju ke motor besar.


Pusing punya pusing, traffic light demi traffic light, kami pun sampai ke satu simpang. Jalan belakang ke Tasek Mengkuang. Port pintu masuk rahsia kaki pancing. Aku x taw skrg masih rahsia atau dah kena palam. 🤣


Masa tu pkl 11 30 mlm. Hari sabtu mlm ahad. Aku pun tanggalkan helmet aku. Letak segala mak nenek peralatan pancing aku yg ribu riban ke atas tanah berumput tepi tasek.


Hafizzudin merangkap sahabat baik aku masa tu masih bernafasss. Sbnrnya dia yg beria2 ajak aku ikut kumpulan tu. Kesian punya pasal, aku pun polow je lah. Padahal mlm tu sbnya aku patot g Queensbay Mall cuci mata tgk awek2 cantik kat panggung wayang sambil makan sushi. Masa ni sushi ni x glamer n x diiktiraf halal lg.


Aku pun doublestandkan motor 125z first model aku. Motor kegilaan org waktu tu. Aku bukak btl air n minum. Aku pandang keliling. Gelap. Sunyi n sepi.


Kami pun amik port masing2 pasang mata kail n umpan. Sbnrnya aku beli peralatan memancing sekadar lakonan semata2. Aku x guna pun batang pancing tu. Sbb aku x sampai hati nak cangkukkan umpan mcm cacing, umpun2, cengkerik atau ank katak kat mata kail tu. Ish, mmg x blh lah. X taw nk ckp. N mmg aku bkn seorg kaki pancing pun.


Jadi Hafizzudin lah yg akan sangkutkan umpan kat mata kail aku n dia juga lah yg akan guna btg pancing aku tu. Tp bila org ty, kata aku yg guna. Sjlah jaga martabat... 🤣


Hy Hafizzudin sj yg tahu mcm mana sbnrnya. Aku x mancing ikan, tapi aku gagau ikan. Aku akan masuk ke dlm air, menyelam n carik port ikan dlm air tu, raba2 kat tepi tebing n bila aku dapat pegang ikan tu, aku lambungkan ke atas darat. Bila org ty, aku ckp aku dpt melalui memancing. Aku seorg penipu bukan? Tapi aku peduli apa asalkan aku dpt kosgkan otak aku dr pk buat assignment 24 jam.


Baru aku nk melangkah masuk air, Hafizzudin marah aku. N sbg seorg yg degil n byk ty, larangan itu aku x endahkan. Hafizzudin pun bgn n berlari ke arah aku n tarik aku.


"Ko dah lama hidup ke Na? Tasek ni byk 'mkn org' ko taw x?! Ko jgn buat mcm2 kat sini, kang lain jadinya..." Marah Hafizzudin terhadap aku. Kwn2 yg lain semua dtg ke arah kami bertykan hal yg berlaku. Apabila diketahui, merekapun membebel kepada aku. 


Mereka pun bercerita kepada aku bahawa tasek ni, btl2 dalam. Jd sebaik shj aku turun dr tebing ni, mmg kat bawah tu x de dasar dah. Dalamnya jika diukur, blh dikatakan sama ketinggian dgn bangunan 10 tingkat. Aku terkedu n menelan liur.


Jadi skrg apa yg aku akan buat jikalau tidak menggagau ikan? Kerana memancing bknlah kemahiran aku n aku juga bknlah seorg yg penyabar. Tercangok disitu menunggu ikan makan umpan, mmg x lah.


Kemahiran menyembat ikan pula lagi lah aku x tahu... Jd aku amik keputusan utk merayau n melihat2 pemandangan sekitar.


Dalam aku merayap tu, aku ternmpk satu kebun sayur disitu. Ianya sgt menarik minat aku utk ke situ jd aku pun pergi. Tanaman timun sedang tergantung dgn byknya. Meriah betul. Terasa geram ingin memetik. Tp aku tahankan sj jari jemariku yg terasa gatal ni.


Sedang aku membelek2 timun yg besar2 lg tergantung dpn mata aku tu, aku ditegur oleh seorg apek cina. Berbaju tshirt pagoda putih, berseluar coklat n bertali pinggang hitam. Pakai selipar tandas. Selipar jepun yg klu kena tuju kat kepala dlm permainan tuju kasut, mmg mata nmpk bintang menahan kesakitannya yg padu. N x lupa, bertopi petani.


Terkejut aku dgn kemunculan dia yg dtg dr arah depan aku disebalik rimbunan daun2 n buah2 timun yg tergantung. Mcm nak terkeluar jantung aku ase. Haihh!!


"Lu apa bikin sini? Lu mari mana tempat?" Soal apek tu pada aku.


"Bukit Indera Muda. Sj dtg sini mancing. Ikut kwn2. Jwp aku jujur.


"Mmg asal dr situkah? (Bukit Indera Muda) " Apek cina tu memancing soalan ujian mgkn.


"Eh x de lah, sy dr Sg Tekam Pahang, dtg sini tggl sama keluarga angkat sy." Jwpku kembali dgn penuh yakin kerana aku tidak menipu.


"Ouh itu macam kah? Lu kata lu mancing, apa pasai sini dtg? Apa lu maw? Cari apa?" Apek tu menyoal aku lagi.


"Sy x pandai mancing. Sj dtg sini ronda2 tgk2 ini tempat. Manyak cantik. Pandai r uncle tanam sayur... Kasi sy 1 biji timun ni blh kah?" Jwpku smbl memuji apek cina tu.


"Utk apa?" Soal apek terhadapku.


"Makanlah... Lg maw apa?" Jwpku sambil ketawa.


"Nanti lu angkatlah. Wa kasi sama lu. Mkn kasi cuci lu punya buah pinggang kasi bersih2. Itu gula dalam darah kasi kurang. Itu lu x maw blk lg kah? Lu kasi taw dtg sama kwn2, mana lu punya kwn2 semua?" Soal apek cina itu lagi. Barulah aku teringat ttg dorg.


"Ada. Tgh mancing." Jwp aku kembali.


"Mana duduk? Ini jam r, sulah tarak olang maw mancing sini tempat ooo..." Soal apek.


"Itu.... Sana lah... Seberang sana. Atas batu besar tu. Sini mari ikutlah, saya kasi tunjuk. Dari sini boleh nampak punya." Jwpku sambil mengajak apek cina itu keluar dr rimbunan timun yg tumbuh di atas susunan kayu hutan yg dijadikan para di atas kepala.


Jenuh aku berjalan sambil terlanggar2 timun yg tergantung dihadapan muka aku. Timun pula besar2. Sebesar betis aku. Dulu aku kurus. Apek cina pula mengekori dari blkg.


Kami pun selamat keluar dr rimbunan tanaman timun. Dr situ aku tunjukkan dimana kwn2 aku berada. Di seberang sana. 180 darjah dr empangan. Hendak berjln pastinya terasa jauh, tp klu berenang melintasi lengkungan tasek, pasti dekat.


"Haiya!!! Situkah kwn lu semua mancing? Manyak bahaya looo. Nt r, itu ular besar maw keluar mandi2 dlm tasek ni maw lalu situ woo. Itu kalau ular itu nmpk lu punya kwn2, mesti dia makan semua lu punya kwn2. Itu ular ini hari keluar pkl 1 pg tepat ooo. Lu pergi sana kasi taw lu punya kwn2 pergi lain tempat laa.. Klu balik lu olang punya umah pun lagi bagus ooo... Itu sikalang jam pukul brp aaa?" Soal apek cina terhadapku slps puas membebel n menghalau kami pulang dlm sindiran.


"12 45 pg uncle." Jwpku ringkas.


"Haiya. Lg 15 menit tggl sblm pkl 1 tepat luo.. Lu sana pergi cpt2, kasi taw sama lu punya kwn, pindah lain tempat ooo. Jgn situ duduk ooo. Nt itu ular keluar manyak susah ooo..." Apek mengulang pesanan penajanya sekali lagi.


Hatiku mula berdegup kencang. Tidak senang dgn kata2nya. Sama ada hendak ikut atau abaikan sama banyak. Aku merenung dia. Perhatikan dia dalam2. Aku berbelah bahagi. Wujudkah ular besar yg diperkatakan itu atau sekadar gurauan.


"Lu lg apa maw tggu?! Sana pergi lah cepat!" Marah apek terhadapku.


"Btl ni uncle x tipu sy?" Soalku ragu2.


"Selama sy hidup, sy tidak pernah tipu olang tapi olang yg byk tipu saya. Hari2 tipu. Tipu tipu tipu tipu tipu. Tipu sj kilija." Rungut apek sambil menepuk2 dadanya. Tanda sakit hati ditipu mgkn.


Aku pun membuka langkah seribu. Aku hy ada 15 minit utk memberitahu mereka bhw ada ular besar yg akan keluar dr hutan diblkg mereka. Yg akan merempuh atau menelan mereka hidup2.


Dulu aku berlari mmg pantas. Mcm Flash Man. Sbb x de lemak yg byk mcm skrg ni. Aku hy ambil masa selama 10 minit utk sampai kepada mereka. Klu skrg ni aku berlari sejauh mcm tu, 2 jam blm tentu sampai.


50 meter sblm aku sampai, aku sudah jerit pada mereka. Meminta mereka pergi kerana ada ular besar. Ular penunggu. Mereka hy memandang aku. Sikit pun x bergerak. Mgkn mereka pk aku pergi minum alkohol gamaknya sepanjang kehilangan aku selama 1 jam tadi. Mgkn minum kat kedai bunian kot sbb mana ada kedai kopi atas empangan ni, lgpula motor kapcai aku diparking diblkg mereka sj.


Hy Hafifuddin n seorg lagi lelaki yg tros menarik tali pancing n kemudian mengemas2 peralatan memancing. Hafifuddin percaya pada aku kerana beliau kenal aku siapa. Manakala seorg lagi lelaki muda berasal dari kawasan empangan itu. Mgkn sudah terbiasa mendgr cerita2 mistik dr kecil.


Aku pun sampai kepada mereka dalam keadaan mengah sedikit. Sbb sudah lama tidak berlatih sparing dgn teman2 tomoi seperti waktu remaja.


Aku pun membantu utk mengemas2 kemudian dtg lg 3 org. Yg tidak percaya saat aku jerit2 waktu tadi. Soal mereka btl kah apa yg aku ckp, bknnya gurauan n jwp aku iya betul aku bkn melawak. Seorg apek cina yg ada kebun sayur diseberang sana yg memberitahu aku ttg ular itu. Lalu mereka pun bergegas menarik tali pancing masing2.


Dalam kekalutan itu, aku mendgr satu bunyi di mlm yg btl2 sunyi n sepi itu. Sesuatu dtg menggelongsor. Semakin lama semakin kuat. Aku tahu itu mgkn ular besar yg dimaksudkan.


Lantas aku pun jerit pada mereka agar tinggalkan saja pancing masing2. Bawa lari motor terlebih dahulu. Kita mesti pergi sekarang. N mereka pun berlari ke arah motor kemudian memecut laju meninggalkan kawasan itu.


Dari jauh, kami seramai 5 org, melihat ular sebesar pokok kelapa dtg menggelongsor laju menuju ke arah batu besar tempat kami lepak. Kami semua sgt terkejut. Benarlah apa yg apek itu ckp, tepat pkl 1 pg, ular besar itu akan keluar dr sarang n turun utk mandi ke dalam air empangan.


Ular itu meluncur turun dr atas tebing n menyelam ke dasar tasek empangan. 5 minit kemudian timbul kepalanya n meronda2 ke sekeliling tebing tasek selama 5 minit lagi. N 5 minit kemudian ular itu sampai semula ke tebing yg ada batu besar port kami tadi n naik ke atas darat semula.


Hafifuddin menepuk bahu aku seraya mengucapkan terima kasih kerana dgn usaha gigih aku, mereka terselamat dr bahaya pd mlm itu. 3 org lelaki yg meremehkan aku tadi juga turut berterima kasih padaku biarpun set pancing mereka tidak dpt diselamatkan. Terkubur di dlm tasek akibat digempur ular besar itu masuk jatuh ke dlm air tasek.


"Mana ko jmp apek tu na? Aku nk ucap terima kasih pada dia sbb bgtaw kau pasal ular tu.." Soal Hafifuddin pada aku dr atas motor. 


"Kat sana... Jomlah. Aku bawakan. Tp kena jln kakilah, mana boleh lalu naik motor kat situ..." Jwpku kembali smbl menuding jari menunjukkan arah letaknya kebun sayur itu.


Kami seramai 5 org pun berjln menuju ke kawasan yg aku ceritakan sambil bercerita mengenai ular besar yg kami lihat pada mlm ini. Masing2 blm hilang rasa terkejut n takut. Kami pun smpi ke tempat aku mksdkan.


"Mana kebun sayurnya? X ada apa pun sini." Sepupu Hafifuddin bertanya sambil melihat n menyingkap semak2 yg ada dgn langkah kakinya.


"Kat sini lah. Btl kat sini tadi aku jumpa apek tu sembang dgn dia..." Jawap aku dgn rasa keliru. Hafizuddin merenung aku. Aku taw dia percaya dgn kata2 aku.


"Dah tu klu btl ada, xkan kebunnya x de? Xkan kebunnya pun sekali hilang? Klu org je yg hilang tu blh lah aku percaya lagi..." Bentak lelaki muda sebaya kami, Asri. 


"Ko mabuk kot.... Pas tu ko nmpk macam2... Semak pun ko kata kebun sayur. Lawaklah kau ni Na. Dahlah jom kita balik, nt mcm2 pulak yg keluar." Seloroh sepupu Hafizuddin, si Syukri.


"Ehh, apa ni? Tepi2... Karang terpijak!" Ujar Asri membuat kami semua kaget n panik. Masing2 melihat ke atas tanah. Mencari2 apa yg dimaksudkan oleh Asri.


Kelihatan sebiji timun yg masih bertangkai berada diatas tanah. Kami semua saling berpandangan. Masing2 takut utk mengambil timun itu. Lalu Hafizuddin pun melangkah n mencapai timun itu n membersihkan nya dari kotoran dgn mengelap kulit timun itu dari tanah. Membelek2 seketika. Kemudian dia pun tergelak. Yg lain pun turut sama ketawa. Kecuali aku. Kerana aku yakin bhw benarlah yg aku telah berjumpa n berckp dgn apek tua tersebut, ia bknlah sekadar khayalan n mainan fikiran aku.


Kami pun berjalan kembali ke tempat letak motor sambil aku dijadikan bahan kutukan. Kata mereka timun yg sebiji tu aku lihat byknya spt suatu kebun yg terbentang luas. Mereka ketawa tidak henti2 sehingga ke tempat letak motor. Aku hy diam membisu. Mengenangkan kata2 apek tua itu mengenai kesihatan dgn menggunakan timun. Lalu timun itu aku minta dr pegangan Hafizuddin.


Mereka ber4 melihat aku disusuli dgn hilai ketawa besar. Mereka mengusik aku jikalau timun tu aku gunakan utk perkara yg lain. Aku merenung mereka dgn pandangan yg tajam. Kemudian timun itu aku gigit. Kunyah2 n aku telan. Aku ulang sehingga timun itu habis wpun telinga aku sakit mendgr mereka membahan aku dr atas motor. Aku start motor, kemudian aku pergi meninggalkan asap yg berkepul2 dimuka mereka. Tanda protes...


---------------------------------------------


5 thn 2 bln kemudian aku pergi sekali lagi ke tempat itu. Aku pergi bersendirian kerana mereka ber4 sudah tiada dalam dunia ini selepas 3 dari mereka mengalami kemalangan dgn kereta yg mereka naiki di Simpang Lima Parit Buntar saat hendak menghadirkan diri ke sebuah kenduri kawen disana.


Manakala arwah Hafizuddin pula meninggal di simpang 4 dihadapan NBCT Pulau Pinang apabila beliau digilis lori kontena yg laju slps jatuh ke atas jln tar dr motornya slps terlanggar blkg bas dihadapan mataku sndr 2 mggu sebelum akad nikah dgn Ameerah. Mayatnya yg hancur termasuk otak n bola mata aku kutip dgn linangan air mata yg bagaikan air terjun. 


Di suatu senja, aku berjln kaki sambil melihat2 pemandangan sekeliling. Mengenang semula kenangan kami ber5 bertemu dgn ular besar di empangan ini. Saat matahari mula tenggelam penuh, kebun sayur itu sekali lagi aku lihat dgn mata kepala aku.


Aku pun lantas berlari menuju ke arah kebun sayur tersebut. Kebun timun. Aku pun merempuh masuk. Memanggil2 apek cina tersebut dgn panggilan uncle.


Beliau kemudian pun muncul. Dihadapanku. Soalan pertama yg aku ty beliau adalah mengapa pada mlm tersebut, beliau bersama kebunnya hilang n hy meninggalkan sebiji timun utk aku buktikan pada kawan2 aku?


N beliau berikan jwpn yg buat aku terkedu. Termalu sndr. Kata beliau:


"Untuk apakah engkau memperlihatkan aku dimata mereka? Cukuplah sekadar pesanan aku diterima oleh mereka. Pesanan itulah yg penting bukannya rupa kejadian aku yg dtgnya bkn dari kalangan kalian (manusia)." Jwp apek cina tersebut dalam pelat lidahnya menuturkan bahasa Malaysia.


N aku pun menceritakan kepada apek cina tersebut bhw rakan2 aku yg sebelum ini sudah meninggal dunia n hidup aku terasa benar2 kosg setelah sahabat baik aku dunia akhirat arwah Hafizuddin mati dlm keadaan yg btl2 tragik. N soalan aku pada apek itu adalah, apakah aku juga akan mati dalam keadaan yg tragik spt mereka?


Jwp apek cina tersebut:


"Semua org akan mati. Bagaimana kita mati hylah suatu alasan. N kita semua akan merasai betapa sakitnya kematian itu sama ada suka mahupun tidak."


---------------------------------------------


3 thn slps aku bertemu apek cina itu buat kali 2 tersebut, selepas aku memeluk agama Islam, berkahwin n punya anak, aku disahkan menghidap kanser luekimia n doc katakan yg aku hy mampu melihat dunia ini dalam tempoh 6 bln sj lg.


N kerana semangat n kasih syg abah yg x pernah putus asa terhadap aku, aku menemui penawar penyakit kanser aku daun sireh emas yg terpaksa aku kunyah wpun x sedap diatas puncak gunung hasil abah mendukung aku setiap hari. Harus makan disitu n ulang datang utk makan, x boleh petik n bw blk ke rumah.


Entahlah, aku x taw atas alasan apa, yg aku tahu aku masih bernafas n masih berkesempatan utk melihat anak pmpn aku smpi kini. Entah sempat atau tidak utkku lihat dia berkahwin kerana masa aku juga sudah tidak pnjg lagi kerana temph 5 tahun aku telah kuberikan pada lelaki dlm kejadian dihutan balak dlm post sblm ini.


Doakan aku korg. Agar aku dipanjangkan usia, sihat n masih sempat melihat hari pernikahan anak pmpn aku.


Sekian luahan hati. Terima kasi juga kepada timun yg byk berjasa pada aku demi menjaga kesihatan aku dgn izin Allah s.w.t.

Catat Ulasan

0 Ulasan