Daripada kosong kepada hero, walaupun belakang Eric diberi tumpuan kerana semangatnya!

 


Inilah kisah tentang Eric Moussambani dari Equatorial Guinea dengan gelaran Eric The Eel pada Olimpik Sydney 2000.


Eric mendengar bahawa negaranya mencari perenang untuk bertanding di Olimpik Sydney. Dia menawarkan dirinya walaupun dia tidak pernah melihat kolam renang dan tidak pernah pergi ke Sydney.


Apa yang dia tahu ketika itu, dia akan bertanding dalam acara 100 meter gaya bebas. Dia juga adalah orang pertama di negaranya yang menyertai renang olimpik ketika itu.


Dalam masa 2 bulan sebelum bertanding dia hanya berlatih di sebuah hotel yang mempunyai kolam renang yang sederhana Saiznya. Itupun hanya dibenarkan sejam sahaja kerana kolam itu milik penghuni hotel. Dengan serba kekurangan, dia berlatih bersama jurulatihnya yang juga bukanlah juru latih berpengalaman.


Setibanya dia di Sydney dia terkejut melihat kemudahan kolam renang di Sydney yang jauh berbeza dengan tempat latihannya.


Apabila melihat kolam renang tempat ya akan bertanding. Dia berkata dalam hatinya bahawa dia tidak akan berjaya berenang 100 meter. Kerana sebelum ini pun, dia tidak pernah menghabiskan renangnya sejauh 100 meter.


Di hari pertandingan, dia sebenarnya tidak berenang bersama dengan perenang lain. Tetapi berenang bersama 2 negara lain yang dipilih untuk menggalakkan penyertaan olimpik di beberapa buah negara. Namun begitu 2 negara yang dipilih tidak dapat menghantar peserta kecuali negaranya.




Maka Eric berenang sendirian. Sewaktu dia memulakan renangannya, dia berusaha bersungguh2 untuk menyelesaikan renangannya. Seramai 17000 penonton memberikan dia semangat kepadanya. 50 meter pertama dia dilihat agak laju dan apabila ke renangan pusingan kedua renangannya semakin perlahan. Namun dengan sorakan para penonton dia menguatkan semangatnya. Akhirnya dia 'berjaya menamatkan renangannya dengan masa yang paling perlahan di arena 100 meter gaya bebas olimpik iaitu 1 minit 52 saat. Di mana di dalam acara itu, telah dimenangi oleh Peter van den Hoogenband dengan masa 47.84 saat dan mencatat rekod dunia.


Tetapi Eric Moussambani menjadi tumpuan para wartawan berbanding Peter yang memenangi emas dalam acara itu.


Eric menjadi inspirasi dan kisahnya tersebar di seluruh dunia. Kini dia menjadi pelatih perenang di Swimming Federation, negaranya.


Inilah yang dimaksudkan kemenangan bukan semestinya mendapat tempat pertama.


Ingatlah dimana kita sekalipun berbekal dengan kekurangan pastikan buat dengan sungguh-sungguh, habiskan apa yang anda lakukan, teruskan peduli apa yang anda jangka, masalah manusia ni belum lagi jadi selalu kita fikir susah la, tak payahla, secara automatik kita akan bertangguh dengan perjalanan hidup kita. Kisah hebat ni boleh dijadikan inspirasi terutama buat anak muda. Fikirkan anda sentiasa boleh! 



Catat Ulasan

0 Ulasan